SUDUT RENUNGAN

GAMBARAN PERJALANAN MANUSIA KE AKHIRAT:
  1. Alam Arwah
  2. Alam Kandungan
  3. Alam Dunia
  4. Alam Barzakh
  5. Syurga / Neraka
Percaya ataupun tidak inilah hakikat yang perlu manusia percayai bahawa setiap alam ini telah dan akan ditempuhi nanti......

Dalam mengharungi perjalanan ke akhirat manusia hendaklah melalui dunia dan kehidupan dunia. Oleh yang demikian manusia mesti memahami kehidupan dunia yang diredhai Allah Ta'la dan kehidupan dunia yang dicela.

Untuk mengelak daripada terjerumus ke dalam kehidupan yang tercela maka hendaklah manusia menghayati matlamat kejadian manusia didunia. Renungkanlah perkara ini, atas niat apa yang kita lakukan pada setiap hari adakah mencari keredhaaNya atau dunia semata-mata. Masa yang diberi untuk semua orang adalah sama 24 jam sehari dan berapakah masa yang kita luangkan untuk Pencipta kita.....