Arus elektrik
- Arus elektrik merupakan satu kuantiti dalam sains yang menerangkan kadar pengaliran elektrik.
- Unit SI bagi arus (I ) ialah ampere yang sama dengan coulomb sesaat.
- Arus, I boleh ditakrifkan sebagai:
I = Q / t (yang mana Q ialah cas elektrik t ialah masa)
Hukum Ohm
- Menurut Hukum Ohm, arus boleh dikira daripada rintangan dan beza upaya dalam satu pengalir (konduktor):
I = V / R
Dimana
V ialah beza upaya
R ialah rintangan.
Arus Terus
Arus terus (a.t) merupakan arus elektrik yang mengalir berterusan pada satu arah sahaja.
Sumber-sumber Arus Terus
- Bateri
- Sel Solar
- Penjana dll.
- Penggunaan A.T
Digunakan dirumah serta industri.
Antara alatan industri adalah seperti penggunaan pada mesin gerudi tangan, alatan kawalan tangan atau boleh program (PLC dsb).
Untuk di rumah di gunakan pada alatan seperti kipas, alat kawalan tangan, telefon bimbit, lampu suluh dsbnya.
No comments:
Post a Comment